Thursday, November 12, 2009

PEMIMPIN DALAM RUMAHTANGGA

Penulis:NOOR LAILA ANIZA BINTI ZAKARIA
LLB Hons(Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UIAM)

Peguambela&Peguamcara
Perunding latihan/Penceramah di bawah bimbingan Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah,yang juga merupakan Pengarah Urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.
www.excel-training.com.my
zulaila4@yahoo.com/03-89262501



(TERBITAN MAJALAH NONA DISEMBER)

Baru sahaja saya hendak melabuhkan punggung di kerusi pejabat selepas balik dari shooting mengacarakan Program 'Sahabat’ di TV9,tiba-tiba telefon berdering dan seorang wanita berusia akhir 40-an menghubungi saya.

”Saya ni dah 17 tahun kahwin..tapi saya nak tanya macam mana nak hilangkan rasa sakit di hati,rasa sesak,rasa macam beban dalam dada dan macam mana nak lupakan kepahitan yang kita lalui dalam rumahtangga?”

”Suami saya suka betul kumpul gambar-gambar lucah.Saya tengok nak termuntah,dia tengok,sedaplah.Dah berapa puluh ribu keping saya tak tahu.Lepas tu dia suruh saya tidur awal sebab nak tonton CD lucah pulak.Bukan setakat tu,sebelum ni dia ada ’affair’ dengan secretary dia,lepas saya dapat tahu,dia janji taknak buat lagi,tapi nampak gayanya lepas setahun dia jadi ’baik’ sekejap, sekarang ni asyik memanjang balik lewat.Lepas tu tiap kali gaduh habis dia sepak terajang perut saya,kepala saya dah berapa kali kena hantuk kat dinding,muka saya memang dah selalu kena penampar”.

”Saya ni bangun jugak buat solat tahajjud,buat solat malam,nak mintak bagi rumahtangga kami ni bahgia,suami berubah jadi lebih baik,tapi tiap kali saya bangun nak sembahyang,kalau suami terjaga dari tidur,dia akan kata;
”Ala penat je u sembahyang,tunggang terbalik tapi u tu isteri derhaka,apa pun tak dapat,penat je dapat,u tau tak syurga kat bawah tapak kaki i?Kalau u ibadat banyak mana pun,i tak redho,neraka la tempat u..!!!.”

”Saya sedih sebab dia cakap saya isteri derhaka.Saya mengaku la memang la mulut saya jahat.Kadang-kadang saya melawan dia.Tapi saya jadi macam ni sebab dia jugak.Dia yang buatkan hidup saya dalam tekanan.Dera mental saya,dera fizikal saya.Saya derhaka ke kalau melawan dia sedangkan dia sepak terajang saya,bersedap-sedap dengan permpuan lain...saya kena taat jugak ke...???

KETAATAN ADA BATASAN
Bagi wanita yang telah berkahwin,maka syurganya di bawah tapak kaki suaminya.Segala ketaatan perlu dicurahkan sepenuhnya pada suami melainkan jika suami minta dia taat pada perkara-perkara yang diharamkan Allah,maka wajib dia menolak.Sekalipun suami itu jahat,tetapi selagi suami tidak meminta isteri melakukan perkara-perkara haram & suami tidak menyakiti isteri zahir & batin,maka isteri tetap wajib taat pada suami.Bertanyalah samada diri kita telah disakiti zahir & batin.Seandainya berlaku hal yang sedemikian,maka hak untuk bersuara itu wujud tetapi perlu melalui cara berhikmah dan bijaksana.Berani berdepan dan berjumpa orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut.Perbetulkan niat bahawa bukan untuk mengaibkan suami tetapi untuk menyelamatkan rumahtangga dan setidak-tidaknya untuk meyelamatkan diri sendiri.

MEMIMPIN HINGGA KE DESTINASI
Suami yang baik adalah suami yang dapat memimpin isteri dengan cara yang diajarkan Rasullullah.Bayangkan kita memimpin seorang yang buta.Pimpin si buta tadi dari tempat kita terjumpa dia hinggalah ke tempat yang ingin ditujunya.Jika dia ingin lintas jalan,kita pimpin dia dari seberang bahu jalan ke seberang bahu jalan yang satu lagi dan jangan pula kita tiba-tiba tinggalkan dia di tengah-tengah jalan tanpa sempat dia melintas.Itu bukan memimpin.Ini lah kesilapan besar suami.Mereka mengarahkan untuk isteri membuat itu dan ini,menunjukkan hal ini salah dan hal itu betul,sedangkan mereka tidak memimpin isteri.Mempimpin isteri adalah apabila suami isteri sampai ke destinasi yang sama yakni menuju kecintaan tuhan.Suami membaiki diri & isteri membaiki diri.Memimpin bererti berjalan seiringan,bukan seorang di depan & bukan seorang di belakang,memimpin bererti berpegangan tangan seiringan,jatuh bangun bersama,tidak lari meninggalkan orang yang dipimpin bila berdepan gelora tsunami rumahtangga,juga bukan berharap isteri menjadi baik & taat , tetapi diri sendiri tunggang terbalik.Dan bila isteri tersilap langkah,bila isteri kurang sempurna,kita cari wanita lain & kita labelkan isteri derhaka,sedangkan kita telah terlebih dahulu derhaka pada tuhan kerana gagal memimpin dengan baik.


SEMPURNAKAN HAK PASANGAN
Isteri minta suami untuk setia padanya,tetapi tanya diri kita adakah selama ini kita benar-benar setia pada Allah untuk laksanakan semua perintahnya tanpa jemu.Suami pula minta isteri taat pada suami tetapi tanya diri adakah suami telah cukup taat pada Allah jika dia benar-benar mengharapkan ketaatan isteri kepadanya.Kita menuntut hak masing-masing dan kita kecewa,sedih,pilu,sakit hati bila hak kita dikhianati,tetapi bagaimana dengan Allah bila hak-haknya kita khianati.Jadikan suami dan isteri kita sebagai jambatan untuk kita ke syurga.Baiki diri masing-masing.Jika selalau dipukul,bukan tunggu lagi untuk jadi hamba cinta,tapi luahkan pada orang terdekat yang boleh dipercayai,buat laporan polis.Di dalam Islam,haram hukumnya suami memukul dengan kasar atau dgn tujuan menyakiti,haram menampar wajah dan haram meninggalkan kesan pada tubuh,apatah lagi jika disepak terajang.Jika selalu didera mental dengan perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh yang suami lakukan,maka berusahalah untuk tetap berbuat baik dari tutur kata,perwatakan dan sangkaan-sangkaan dalam minda kita serta amalkan ayat kursi,surah Al-Anbiyak ayat 69 ,surah Yusuf ayat 4,surah Ar-Rad’ ayat 31 dan amalkan surah Ali-Imran ayat 26-27.Niatkan agar suami dan diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik.Yang paling utama,sentiasa tunaikan hak Allah & sentiasa tunaikan hak suami tanpa memperhitungkan apakah hak-hak kita yang telah suami cabuli.Bantu dia untuk ingatkan dia bahawa perbuatan-perbuatannya itu salah.Kadang-kadang bukan dia tidak tahu tapi dia terlupa...Yakinilah apa yang kita beri hari ini dengan ikhlas,maka hasilnya akan kita tuai pada suatu masa nnti.Bersabar & berusaha.Insyaallah.




X-FAKTOR PIKAT SUAMI

Penulis:NOOR LAILA ANIZA BINTI ZAKARIA
LLB Hons(Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UIAM)
Peguambela&Peguamcara

Perunding Motivasi/Penceramah di bawah bimbingan Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah,yang juga merupakan Pengarah Urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.
www.excel-training.com.my
zulaila4@yahoo.com/03-89262501

(TERBITAN MAJALAH NONA 15 OKTOBER)

Beberapa bulan yang lalu,ketika saya ditugaskan memberi ceramah untuk kakitangan sebuah syarikat swasta ,selepas selesai sahaja ceramah,saya didatangi seorang wanita cantik kacukan Melayu-Arab.Kagum dengan wajah jelita itu,saya tertanya-tanya apa yang ingin dia kisahkan pada saya.Hampir sejam menunggu,saya cepat-cepat meminta maaf kerana tidak dapat melayannya tadi.Dalam senyumannnya dia menghela nafas panjang.Rambut paras bahu berwarna keperang-perangan dikuis ke belakang.Dia menggenggam erat tangan saya.

“Suami saya kawin lain.”
Air mata tidak dapat ditahan lagi.Saya merenung anak matanya sambil menggangguk-angguk tanda faham.

“Sebelum ni saya hanya dengar cerita sahaja.Tetapi sekarang dah confirm.Dari dulu
saya melayannya sehabis baik.Sampai hati dia kahwin lain…”

“Berubah tak layanan dia selepas kawin?”Saya menyoal minta kepastian.

“Tak berubah langsung.Sama saja,malah kadang-kadang tu dia sayang saya melampau-lampau.Tapi saya tak sanggup kongsi kasih.Saya sedih dengan perangainya di belakang saya.Anak laki saya yang berumur 6 tahun pernah ambil handset papanya dan terkejut bila lihat ada gambar papanya bercium mulut dengan perempuan lain,lalu dia tunjukkan gambar tu pada saya.Sedangkan gambar saya satu pun tak ada dalam handset dia.
“Ni bukan gambar mama kan,ni gambar papa dengan siapa?Kenapa papa buat mama macam ni?”Waktu tu saya rasa bergetar seluruh badan.Malam-malam terfikir mesti dia tengah peluk perempuan tu,mesti apa yang dia buat dengan saya,dia buat dengan perempuan tu juga.Hari-hari saya menangis..”

Tersentak tangkai jantung saya ketika itu.Bukanlah kerana terkejut,tetapi sakit pedihnya kata-kata wanita ini memang ada kebenarannya.

Suami Bukan Milik Kekal
Saat pertama perkahwinan anda,pastikan anda sedar,suami bukan milik kekal.
Manusia berubah bila-bila masa.Dia boleh hilang bila-bila masa sahaja samada kerana tuhan mengambilnya semula atau kerana dia membawa masuk orang lain dalam hidup anda atau dia memilih jalan meninggalkan anda.Elakkan terlalu yakin bahawa perkahwinan yang anda bina akan kekal hingga akhir hayat.Usah terlalu yakin ,bahawa perkahwinan yang kekal hingga akhir hayat tidak pernah dicemari dengan kecurangan dan gangguan pihak ketiga atau apa saja dugaan yang menyesakkan dada.Sentiasa bersedia dari segi mental,emosi,spiritual & ekonomi untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.Tanamkan dalam hati,hari ini dia ada,mungkin esok,dia tiada.Gunakan masa-masa berkualiti yang ada untuk merasa nikmat bahagia& sedaya upaya elakkan pertelingkahan dengannya.

Manjakan suami berpada-pada
Isteri yang baik ialah isteri yang menyediakan segala keperluan suami tanpa pernah merasa letih dan jemu.Namun,kasih-sayang yang berlebihan akan memakan diri sendiri.Memanjakannya berlebihan membuatkan suami berada dalam zon selesa & terlalu yakin isteri sangat mencintainya hingga kadang-kadang suami mudah mengambil kesempatan .Dia tahu,anda tidak sanggup berpisah dengannya.Jadi berhati-hati.Nabi juga pernah bersabda, “sebaik-baik pekerjaan adalah yang di pertengahannya.”Jika benci,jangan benci keterlaluan,jika sayang,jangan sayang berlebihan.Ada ketika,anda pula perlu menguji kasih sayangnya pada anda ikhlas atau sebaliknya.

X-Factor pikat suami
Sentiasa berada dalam keadaan wangi & cantik di hadapan suami .Elakkan suami tercium bau yang kurang menyenangkan dari anda.Pamerkan kecantikan dalaman & luaran dan pikat suami dengan X-Factor anda.Menurut pakar-pakar psikologi,setiap manusia ada X-Factor tersendiri.Misalnya,X-Factor anda ialah masakan anda yang lain dari lain,atau air mata yang membuatkan suami lemah,atau kesetiaan anda walau seteruk mana anda dilukai,atau
mungkin sinar lembut wajah anda yang membuatkan suami tenang bila berada di sisi.Dan X-Factor ini tidak dapat suami ketemu di mana-mana kecuali pada diri anda.Sejauh mana suami pergi,anda akan sentiasa di hatinya.Dia mencintai anda kerana dia tidak dapat menemui nilai yang sama dalam diri orang lain seperti mana bernilainya diri anda padanya.


Pasrah setelah berusaha
Jaga mata suami,telinganya,deria baunya,nafsunya,perutnya dan tidurnya.Jaga imannya supaya selalu bersama Tuhan dan tahu tanggungjawabnya bahawa anda dinikahi sebagai satu amanah dari tuhan.Berdoa selalu pada tuhan.Suburkan kasih sayang dari hari ke hari dengan bermacam-macam teknik.Dan seandainya
semua usaha telah dibuat tetapi,dia tetap juga memilih untuk memadukan anda atau meninggalkan anda ,bukannya bermakna dia tidak mencintai anda lagi.Kadang-kadang perkara terjadi tanpa disedari,kerana kalam Allah telah tertulis demikian.Tetapi destinasi cinta paling abadi adalah pada Tuhan.Mengadulah pada-Nya,nescaya anda mendapat kekuatan.Sakitnya seperti pisau yang ditusuk ke jantung berkali-kali,tetapi pahalanya seperti pasir pantai yang tiada terhitung.Apa yang Allah beri,pasti ada hikmah di sebaliknya.Yakinlah & teruskan hidup dengan positif.




STRES JANGAN SAMPAI MEMAKAN DIRI

Penulis:NOOR LAILA ANIZA BINTI ZAKARIA
LLB Hons(Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UIAM)

Peguambela&Peguamcara
Perunding latihan/Penceramah di bawah bimbingan Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah,yang juga merupakan Pengarah Urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.
www.excel-training.com.my
zulaila4@yahoo.com/03-89262501

DITERBITKAN OLEH MAJALAH NONA 15 OGOS


BILA AIR MATA BERCUCURAN TANPA HENTI

Dua bulan lepas, saya didatangi seorang wanita berusia awal 50-an yang juga seorang Hajjah.Lagaknya orang senang dan sangat mesra.Hasrat hati ingin bertemu dengan Dato’ tetapi Dato’ tidak ada ketika itu dan Dato’ juga sebenarnya tidak membuat ‘personal counseling’.Lalu wanita ini merujuk pada saya.Katanya ,dia orang yang kuat ibadah dan datang dari keluarga yang baik-baik.Tetapi sayangnya,si suami walaupun tidak pernah tinggal solat,akan memaki hamunnya dari muda sampailah ke hari ini,malah meminta dia memutuskan terus hubungannya dengan ibu bapa dan adik-beradiknya,meminta dia berhenti kerja ,dari bergaji RM 5000,sekarang tidak ada sesen pun dalam tangannya yang menjadi milik sendiri dan disebabkan tekanan yang banyak, anak yang bongsunya juga merasa apa yang dirasakan hinggakan dilahirkan terencat akal dan suami pula sekarang sedang kemaruk bermain cinta!MASYAALLAH.
Dia juga pernah dimasukkan ke wad mental kerana mengalami ‘high depression’. Bila saya bertanya,bagaimana puan dimasukkan ke dalam wad tersebut;katanya, pada suatu hari, ketika dia bangun dari tidur,air matanya turun tanpa henti sedangkan dia sedikit pun tidak berasa sedih atau pilu. Bila berjumpa dengan doktor ,terus doktor mengeluarkan surat untuk dia ditahan di wad sakit mental.Inilah bahana stres.Walaupun tidak mengabaikan tuhan,tetapi banyak lagi skil kehidupan yang perlu dipelajari,kecerdasan emosi dan fizikal dua elemen penting menyelamatkan seluruh kehidupan.

BERTINDAK BIJAK DALAM TIGA FASA

FASA AWALAN STRES
Apabila berada dalam fasa awalan stres ,yakni melalui saat-saat awal yang dapat dijangka dapat mengakibatkan stres,cepat bertindak, dekatkan diri pada tuhan,cari teman bercerita,lebihkan masa untuk orang tersayang,dan lakukan perkara-perkara(positif) yang dapat melupakan masalah anda dan jangan menyebut, ‘aku stres,aku tension,I’m sick,’atau apa sahaja yang negatif yang boleh merangsang minda anda untuk lebih cepat tertekan.Senaraikan apa yang dirasakan di atas sekeping kertas dan senaraikan plan-plan untuk bertindak.

ON THE TRACK OF STRES
Apabila telah on the track of stres,lakukan apa yang bersesuaian dengan plan A,B C atau back up plan yang anda senaraikan dalam kertas tadi,(menangis semahu hati atau menjerit sekuat hati di dalam kereta /tempat tertutup juga melegakan hati,mula menghabiskan masa di spa,mengurut badan,mandian anti- stres,banyakkan berdoa , berbincang dalam masa yang sesuai dan atur tugasan cara bijak.Jika stres disebabkan tugasan yang banyak dan due date yang tidak sempat,habiskan satu persatu kerja tanpa memikirkan kerja seterusnya,sewaktu tangan bekerja,otak dan jiwa hendaklah berehat,dan jangan menyebut, “ini tak siap...itu tak siap lagi,itu pun tak siap lagi,lepas tu yang ini pula tak siap lagi..”.Itu yang menambah beban stres anda.

DALAM KUASA STRES
Bila anda berasa stres telah menguasai diri anda dan anda telah berada dalam keadaan sangat tertekan seperti orang yang kurang siuman,atau seperti orang yang sentiasa tidak dapat menerima keadaan diri(biasa terjadi kepada orang yang harapannya terlalu tinggi & tidak dapat menerima kenyataan bila harapannya hancur,tidak naik pangkat,dimadukan,projek gagal dan sebagainya),bila hari-hari anda mengulang-fikir perkara yang sama,bila anda mudah melenting,bila anda kerap menangis,maka rujuklah pada orang yang lebih arif,pakar kaunseling atau alim ulamak yang dapat memberikan anda kekuatan dari skil dan pemulihan semangat anda semula.


STRES MOMENTUM KEJAYAAN
Untuk pengetahuan anda,stres sebenarnya adalah momentum ke arah kejayaan yang lebih baik jika dapat ditangani dengan bijak.Kadang-kadang dengan stres itu,kita menjadi makin teliti dengan tugasan,makin cepat bertindak dan makin bertungkus lumus menyiapkan tugasan serta makin sempurna dalam pengurusan diri dan tanggungjawab lain!!!Pakar-pakar membuktikan dengan stres itu anda belajar menguasai masalah dan berjuang untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari . Setiap tekanan yang anda hadapi adalah ujian penghapusan dosa selagi anda bersabar,untuk waktu-waktu mengingati Allah,dan sebagai tanda tuhan sangat menyayangi anda.Ujian itu adalah ‘teguran halus’ dan ‘sedekah’ dari tuhan untuk menambahkan pahala anda.Bagaimana cara anda mengawalnya,terserah pada tangan anda,bergantung kepada akal & iman ,bukan selera nafsu anda!










Noor Laila Aniza

Noor Laila Aniza is very busy rite now!:)