Thursday, November 12, 2009

STRES JANGAN SAMPAI MEMAKAN DIRI

Penulis:NOOR LAILA ANIZA BINTI ZAKARIA
LLB Hons(Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UIAM)

Peguambela&Peguamcara
Perunding latihan/Penceramah di bawah bimbingan Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah,yang juga merupakan Pengarah Urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.
www.excel-training.com.my
zulaila4@yahoo.com/03-89262501

DITERBITKAN OLEH MAJALAH NONA 15 OGOS


BILA AIR MATA BERCUCURAN TANPA HENTI

Dua bulan lepas, saya didatangi seorang wanita berusia awal 50-an yang juga seorang Hajjah.Lagaknya orang senang dan sangat mesra.Hasrat hati ingin bertemu dengan Dato’ tetapi Dato’ tidak ada ketika itu dan Dato’ juga sebenarnya tidak membuat ‘personal counseling’.Lalu wanita ini merujuk pada saya.Katanya ,dia orang yang kuat ibadah dan datang dari keluarga yang baik-baik.Tetapi sayangnya,si suami walaupun tidak pernah tinggal solat,akan memaki hamunnya dari muda sampailah ke hari ini,malah meminta dia memutuskan terus hubungannya dengan ibu bapa dan adik-beradiknya,meminta dia berhenti kerja ,dari bergaji RM 5000,sekarang tidak ada sesen pun dalam tangannya yang menjadi milik sendiri dan disebabkan tekanan yang banyak, anak yang bongsunya juga merasa apa yang dirasakan hinggakan dilahirkan terencat akal dan suami pula sekarang sedang kemaruk bermain cinta!MASYAALLAH.
Dia juga pernah dimasukkan ke wad mental kerana mengalami ‘high depression’. Bila saya bertanya,bagaimana puan dimasukkan ke dalam wad tersebut;katanya, pada suatu hari, ketika dia bangun dari tidur,air matanya turun tanpa henti sedangkan dia sedikit pun tidak berasa sedih atau pilu. Bila berjumpa dengan doktor ,terus doktor mengeluarkan surat untuk dia ditahan di wad sakit mental.Inilah bahana stres.Walaupun tidak mengabaikan tuhan,tetapi banyak lagi skil kehidupan yang perlu dipelajari,kecerdasan emosi dan fizikal dua elemen penting menyelamatkan seluruh kehidupan.

BERTINDAK BIJAK DALAM TIGA FASA

FASA AWALAN STRES
Apabila berada dalam fasa awalan stres ,yakni melalui saat-saat awal yang dapat dijangka dapat mengakibatkan stres,cepat bertindak, dekatkan diri pada tuhan,cari teman bercerita,lebihkan masa untuk orang tersayang,dan lakukan perkara-perkara(positif) yang dapat melupakan masalah anda dan jangan menyebut, ‘aku stres,aku tension,I’m sick,’atau apa sahaja yang negatif yang boleh merangsang minda anda untuk lebih cepat tertekan.Senaraikan apa yang dirasakan di atas sekeping kertas dan senaraikan plan-plan untuk bertindak.

ON THE TRACK OF STRES
Apabila telah on the track of stres,lakukan apa yang bersesuaian dengan plan A,B C atau back up plan yang anda senaraikan dalam kertas tadi,(menangis semahu hati atau menjerit sekuat hati di dalam kereta /tempat tertutup juga melegakan hati,mula menghabiskan masa di spa,mengurut badan,mandian anti- stres,banyakkan berdoa , berbincang dalam masa yang sesuai dan atur tugasan cara bijak.Jika stres disebabkan tugasan yang banyak dan due date yang tidak sempat,habiskan satu persatu kerja tanpa memikirkan kerja seterusnya,sewaktu tangan bekerja,otak dan jiwa hendaklah berehat,dan jangan menyebut, “ini tak siap...itu tak siap lagi,itu pun tak siap lagi,lepas tu yang ini pula tak siap lagi..”.Itu yang menambah beban stres anda.

DALAM KUASA STRES
Bila anda berasa stres telah menguasai diri anda dan anda telah berada dalam keadaan sangat tertekan seperti orang yang kurang siuman,atau seperti orang yang sentiasa tidak dapat menerima keadaan diri(biasa terjadi kepada orang yang harapannya terlalu tinggi & tidak dapat menerima kenyataan bila harapannya hancur,tidak naik pangkat,dimadukan,projek gagal dan sebagainya),bila hari-hari anda mengulang-fikir perkara yang sama,bila anda mudah melenting,bila anda kerap menangis,maka rujuklah pada orang yang lebih arif,pakar kaunseling atau alim ulamak yang dapat memberikan anda kekuatan dari skil dan pemulihan semangat anda semula.


STRES MOMENTUM KEJAYAAN
Untuk pengetahuan anda,stres sebenarnya adalah momentum ke arah kejayaan yang lebih baik jika dapat ditangani dengan bijak.Kadang-kadang dengan stres itu,kita menjadi makin teliti dengan tugasan,makin cepat bertindak dan makin bertungkus lumus menyiapkan tugasan serta makin sempurna dalam pengurusan diri dan tanggungjawab lain!!!Pakar-pakar membuktikan dengan stres itu anda belajar menguasai masalah dan berjuang untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari . Setiap tekanan yang anda hadapi adalah ujian penghapusan dosa selagi anda bersabar,untuk waktu-waktu mengingati Allah,dan sebagai tanda tuhan sangat menyayangi anda.Ujian itu adalah ‘teguran halus’ dan ‘sedekah’ dari tuhan untuk menambahkan pahala anda.Bagaimana cara anda mengawalnya,terserah pada tangan anda,bergantung kepada akal & iman ,bukan selera nafsu anda!










No comments: