Tuesday, January 26, 2010

BILA HATIKU RINDU

Bila rindu itu membelasah hatiku
Dan aku sunyi serta putus harap
Dalam gelap relung hati yang sempit
Dan sesak nafas yang merompak tenang jiwaku
Dan rohku yang lemah meminta nyawa
Setia tubuhku yang taat merempit kecewa
Aku gagahi jua
Memilih untuk berdoa
Kadang-kadang nafasku lelah dalam ombak rasa
Ribut yang meremuk rasaku
Mata dan fikir yang membinasa senyumku
Aku gagahi jua
Selangi nyawaku bersisa
Jika aku ini tiada makna
Mengapa lama aku di muka bumi ini
Jika tiada peluang untukku
Mengapa terus aku harus gagah
Olok-olok mendustai hatiku
Bahwa aku ini tega dan lasak
Yang padahalnya
Aku ini lemah dan layu
Kering dan gugur
Kontang dan haus
Aku ini seorang
Hanya seorang
Mencekalkan hatiku yang diamuk resah
Mempertahankan diriku yang dinista fitnah dunia
Sungguh sunyi ini buatkan aku takut
Dan resah ini buatkan urat semangatku putus
Sungguh aku rindu
Untuk mengisi ruang hatiku
Dengan sesuatu yang lebih bermakna
Dalam nilai syurga nan abadi

2 comments:

Ijam said...

amboi rindu kat sape tu yekkk... rindu kat abang yee...atau DATOK...hehheheheheh

MS Rizal said...

Salam kak laila, saya menonton bual bicara akak di MHI pagi tadi, 30hb 12 2010 jam 7.45 pagi.

Saya kurang bersetuju jika dikatakan anak-anak perlu tidak terlalu mengikut telunjuk ibu bapa dalam memilih bidang yang mereka sukai.

Ada pro dan kontranya. Insya-Allah saya akan mengulas di blog saya nanti